Isnin, 12 September 2011

MUTIARA KATA

¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ
ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪
Kuburmu sedang menanti..


Wahai saudaraku,
engkau telah disibukkan dengan kemewahan
engkau telah menyia-nyiakan umurmu
dengan perkara yang tidak berguna
kamu telah mengingkari Tuhan
yang menguasai langit dan bumi
dan engkau telah melupakan rumahmu
di kuburan..
Alangkah gelapnya rumah itu!
Alangkah panasnya tinggal di dalamnya!
Kubur adalah rumah hantu
dan rumah sengsara..

       Orang yang sihat pun diancam kematian
       Kesihatan badan tidak menjadi jaminan
       Wahai orang yang menempatkan mayat
       Di dalam liang lahat
       Kubur telah berbicara denganmu
       Namun engkau tidak mendengarnya..

Akhirnya,
kamu dimasukkan ke dalam liang kubur
sebuah rumah yang sangat mengerikan
sangat sempit
sangat gelap
menyediakan perabot kesengsaraan
dan kesedihan
Disana..
Malaikat Mungkar dan Nangkir akan bertanya
dan kamu akan tinggal selama-lamanya
di alam Barzakh
sampai hari kiamat
Maka,
lihatlah dirimu
wahai orang yang tertipu!
Sesungguhnya kubur adalah tempat
yang sangat berbahaya..

        Janganlah kamu tertipu dengan dunia
        Waspadalah dengan kubur
        Kerana ia tempat yang berbahaya
       Jika kamu orang yang berbuat maksiat
       Maka kamu akan diseksa
       Jika kamu orang yang bertakwa
       Maka kamu akan berbahagia..

Kubur,
mungkin sahaja menjadi taman-taman syurga
dan mungkin juga sebuah lubang neraka
Bukankah kubur adalah rumah satu-satunya?
Bukankah kubur adalah rumah yang sangat mengerikan?
Bukankah kubur adalah rumah cacing dan serangga?
Wahai saudaraku..
ketauhilah rumah yang sangat sempit ini
dan beribadatlah dengan sungguh-sungguh
serta penuh keyakinan

Wahai hamba Allah,
berhati-hatilah dengan kelalaian
beramallah untuk hidupmu setelah di dunia
persiapkanlah dirimu untuk hidup di dalam
kegelapan kubur
selagi kamu masih hidup di dunia
Serta janganlah kamu lalui
hari-harimu dengan perbuatan maksiat
jauhkanlah dirimu dari kemungkaran
kerana kematian akan menjemputmu
dan kuburan ada didepanmu..

Wahai saudaraku!
Cuba bayangkan
jika kamu tinggal di sebuah tempat
yang tidak cukup untuk duduk
dan hanya beralaskan tanah
begitulah yang akan dirasakan
oleh orang yang tinggal dikuburnya
dengan tidak membawa amal kebaikkan
yang ada hanyalah
penyesalan
kesengsaraan
dan kesendirian
di dalam kuburan

         Di dalam kubur
         Aku menjadi seorang tawanan
         Keluargaku telah membuang diriku sendirian
         Selamatkanlah diriku dari dosa-dosaku
         Aku akan menderita
         Jika Allah tidak mengampuniku




Wahai saudaraku,
persiapkanlah dirimu
untuk hidup di dalam kubur
dan seakan-akan kubur
memanggil-manggil
dirimu seperti ini;

"Wahai orang-orang yang lemah!!
kasihanilah dirimu
dalam hidupmu
sebelum kamu bertemu denganku
Kerana..
jika kamu bertemu denganku
dan kamu adalah orang yang taat
kepada Tuhanmu
maka aku akan menyayangimu
dan aku akan sediakan
kebahagiaan untukmu
Namun..
jika kamu tidak mengasihi dirimu
maka aku tidak akan menyayangimu"

"Aku adalah rumah cacing
dan serangga
yang di dalamnya ada penyesalan
di sepanjang masa
Aku adalah rumah hantu
yang menyediakan
kelaparan tiada tara
Aku adalah rumah kegelapan
yang menyediakan haiwan kalajengking.."

"Wahai anak cucu Adam!!
janganlah tertipu dengan kehidupan dunia
Kerana tempat kembalimu
adalah kepadaku
aku adalah rumah persinggahan pertama
menuju keakhirat
Jika kamu selamat dariku
maka kamu akan selamat
dari segala kekhuatiran
dan kesengsaraan.."

"Wahai anak cucu Adam!!
aku adalah rumah kemarahan!
yang tidak akan berbelas kasih
kepada pemuda
kerana kepemudaannya
dan kepada anak kecil
kerana kekecilannya
dan juga
aku tidak akan berbelas kasih
kepada orang setengah baya
serta orang yang sudah tua
aku tidak menyayangi seseorang
kecuali orang yang menyayangi dirinya sendiri.."

       Aku hairan dengan orang
       Yang memiliki kebahagiaan di dunia
       Padahal di dalamnya banyak tipu daya
       Dan hanya sementara
       Bagaimana mungkin
       Mereka hidup bahagia
       Jika mereka tahu
       Bahawa kubur adalah tempatnya..

"Wahai Bani Adam!!
kamu diciptakan untuk
menjalankan sesuatu yang mulia
Jika kamu mahu berfikir
untuk mempertebal sifat redhamu
memperkuat kekhusyukanmu
dan memperbanyak tangisanmu
kerana takut kubur
dan seksanya
takut liang kubur
dan kesunyiannya
takut malaikat
dan kekejamannya
maka persiapkanlah dirimu
selagi kamu masih hidup
dan selamakamu masih
dapat melakukan segala sesuatu
sebelum buku amalan dilipat
sebelum pintu ditutup
sebelum hijap diturunkan
dan sebelum jasad menjadi debu.."

Berbuat baiklah kepada tetanggamu
teman-temanmu
saudara-saudaramu
ayahmu
ibumu
keluarga yang jauh
dan kepada yang lain
Sungguh!!
kamu akan tinggal sendirian
di kuburan
dan terputus semua hubunganmu
dengan sanak saudaramu
Yang tinggal hanyalah
dirimu
terpenjara
di dalam liang kubur..

Orang yang menyayangimu
telah meninggalkanmu sendiri
tanpa seorang teman yang menemani
Liang kubur telah menghimpitmu
airmatamu menitis di pipimu
kulit tubuhmu mengelupas
cacing dan serangga berjalan
di atas tubuhmu
rohmu berada di alam barzakh
hingga datangnya
hari yang dijanjikan

Harta yang kamu kumpulkan
tidak kan memberi manfaat kepadamu
istana yang kamu bangun
tidak mampu melindungimu
dan semua yang telah kamu bangun
di dunia
tidak mampu mencegah dari seksaan
Kubur telah menjadi
tempat penjaramu

sedangkan orang-orang yang mencintaimu
telah lari jauh darimu


Oleh kerana itu
berhati-hatilah
wahai saudara-saudaraku
bersungguh-sungguhlah
dalam beribadat kepada Allah
sebelum kamu berpisah
dengan orang-orang yang
kamu cintai
dan dunia
yang kamu sayangi.
¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ
ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan