Isnin, 12 September 2011

MUTIARA KATA

Syair Wasiat Di Akhir Zaman

Hendaklah kita bermuhasabah

Amal ditingkat taqwa ditambah

Tinggalkan dosa dan juga salah

Kepada Allah meminta taubah



Teguhkan tauhid serta aqidah

Ikut golongan Sunnah Jamaah

Janganlah turut fikrah yang salah

Para sahabat ikutlah langkah



Ilmu agama wajib dituntut

Sebelum masa menjadi luput

Walaupun jauh diseberang laut

Janganlah himmah menjadi surut



Hati yang kotor mesti disuci

Tempat pandangan Rabbul Izzati

Ilmu tasawwuf wajib dikaji

Untuk membuang penyakit hati



Dalam usaha mencari makan

Harta yang haram mesti ditinggalkan

Khususnya riba jangan amalkan

Nanti membawa binasa badan



Anak dan isteri wajib dididik

Agar mereka menjadi cerdik

Tugas mereka kena selidik

Begitu juga adik-beradik



Bacalah Quran setiap hari

Dengan tadabbur dan faham erti

Kalam Ilahi Penawar Hati

Di malam sunyi teman sejati



Fakir dan miskin mesti diasuh

Agar mereka tidak mengeluh

Sebagai sedekah yang kita taruh

Nanti ganjaran didapat penuh



Hendaklah Islan difaham Syumul

Seperti mana kehendak Rasul

Hidup sendiri atau bergaul

Agar amalan dapat dimakbul



Bangunlah kita jadi pembela

Agama suci pegangan kita

Rancangan musuh mesti waspada

Agar umat tetap berjaya



Inilah syair Mutiara Iman

Disedut dari hadis pilihan

Wasiat nabi jangan dilupakan

Pedoman hidup di akhir zaman

*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥ . . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`vاﷲِ
ℯ¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan