Ahad, 11 September 2011

Kenali Hati✿(◠‿◠)✿

Kenali Hati


“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota, dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati.”
                                                                                                             (Bukhari dan Muslim)
Para sahabat menjelaskan ada empat jenis hati  manusia. Menurut abu Huzaifah bin al-Yaman;
-Hati yang jernih, di dalamnya ada cahaya yang menerangi. Hati ini dimiliki oleh orang yang beriman
-Hati yang gelap, iaitu hati orang kafir.
-Hati yang berkarat iaitu hati yang dimiliki oleh orang hatinya tidak sama dengan apa yang dikatakan. Mereka ialah orang yang mengetahui tetapi mereka mengingkari.
-Hati yang berisi iman dan munafik iaitu mereka yang berkata-kata tetapi berlainan dengan apa yang dikatakan, di mana kedua-duanya dipengaruhi satu sama lain.
1) Hati yang jernih
Hati yang terang, mudah menerimaperintah Allah tanpa banyak soalan dan alas an. Di dalam hati mereka seolah-olah ada cahaya yang menerangi dan terhindar daripada daripada kegelapan. Mereka sudah bersedia menerima kebenaran dan meninggalkan kesilapan.
Mereka ini sebenarnya orang yang beriman. Mereka terhindar daripada daripada perbuatan-perbuatan yang merosakkan iman dan perbuatan yang menyesatkan. Cahaya keimanan ini yang penting di dalam membentuk hati supaya tidak mudah tergoda oleh hasutan syaitan.
2) Hati yang Gelap
Hati yang tidak mahu beriman kepada Allah. Ia dimiliki oleh orang kafir iaitu hati yang sentiasa gelap, jauh daripada menerima hidayah dan petunjuk Allah. Hati mereka terlalu sukar bagi menerima jalan kebenaran sebaliknya masih berada di jalan menyesatkan.
Sebagai contoh, Allah menceritakan mengenai orang Yahudi dan tidak menerima ajaran Rasulullah. Mereka menentangnya sehingga hati mereka tertutup rapat.
Ini ditegaskan oleh Allah yang bermaksud:
“Dan mereka berkata, “Hati kami telah tertutup.”
                                                                                             (Surah al-Baqarah:88)
Mereka difitnah akibat mereka sombonng dan menolak kebenaran. Hati mereka tertutup, telinga mereka menjadi tuli dan penglihatan mereka kabur serta gelap. Inilah sebenarnya yang menjadi penghalang sebagaimana Allah menejelaskan, maksudnya;
“Apabila kamu membaca al-Quran, kami akan jadikan dinding yang tidak dapat dilihat kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah pada hari akhirat kelak. Kami juga akan menutup telinga mereka dengan sumbatan supaya mereka tidak dapat memahami dan mendengar kebenaran al-Quran. Sebab itulah apabila mereka mendengar nama Tuhan di dalam al-Quran, mereka akan melarikan diri.”
                                                                                                         (Surah al-Israk:45-46)
3) Hati yang Berkarat
Kebanyakan hati yang berkarat dimiliki oleh mereka yang bersifat munafik iaitu mereka yang pada mata kasarnya beriman kepada Allah, tetapi sebaliknya mereka melakukannya bertentangan dengan perintah Allah.
Dalam hal ini Allah menjelaskan maksudnya;
“Mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan ketika berhadapan degan orang-orang munafik, sedangkan Allah menjadikan mereka kafir akibat perbuatan mereka sendiri.”
                                                                                                          (Surah an-Nisa’:88)
Mereka yang mempunyai hati  seperti iniadalah mereka yang hina. Pada hakikatnya mereka beriman kepada Allah, tetapi sebaliknya mereka merelakan diri menjadi pengikut syaitan.
Mereka juga beranggapan menjadi pengikut syaitan bukan satu kesalahan dan bertentangan, malah mereka memusuhi mereka yang beriman kepada Allah. Mereka tidak menjadikan Allah sebagai tempat berlindung sebaliknya menjadikan syaitan sebagai tempat mengharapkan pertolongan. Hati mereka ibarat besi yang berkarat dan sukar dikembalikan kepada bentuk yang asal.
4) Hati yang ragu
Hati yang tidak sepenuhnya beriman kepada Allah. Mereka masih ragu-ragu kerana di da;lam hati mereka belum ada cahaya yang menerangi. Mereka belum memperoleh kebenaran kerana pada masa yang sama hati mereka masih cenderung melakukan kejahatan. Dalam erti kata lain hati mereka sudah tertutup dalam menerima kebenaran.
Perkara sebegini terjadi kerana hati mereka ada waktunya dekat kepada kebenaran da nada waktunya hamper dengan kejahatan. Ini bergantung kepada kecenderungan hati ketika itu. Apabila hati mereka cenderung melakukan kebaikan mereka melakukannya. Manakala apabila hati mereka cenderung kearah kejahatan, mereka juga melakukannya.
Manakah hati pilihan kita???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan