Ahad, 11 September 2011

Kita bangsa yang selesa

Kita bangsa yang selesa
Berselindung di sebalik agama
Membiarkan tersiksa saudara

Sesekali tersentak
Kita menukar jenama
Sedangkan dalam ruang selesa
Kita berganjak tiada
Bimbang tertumpah air muka

Usai musim memulau jenama
Kita kembali berahi kepadanya

Antara fardhu ain dengan kifayah
Kita pilih bermain aksara
Telefon bimbit kejap dalam genggaman
Kerana yang menyanyi itu juga seagama

Mengapa masih malu memulau hedonisme
Masih lagi menjadi hamba hawa nafsu
Terus alpa membenarkan eksperimen 5-S janaan mereka
Berjaya mengabui inti perjuangan sebenar

Sex!
Smoke!
School!
Sport!
Screen & Song!

Siapakah mangssa sebenar keadaan ini
Mereka yang berada di bumi Palestina
Ataukah kita yang lebih hina

Anak siapa mengandung sebelum akad
Anak siapa bibirnya berpuntung asap
Anak siapa ke sekolah tapi fikiran melayang
Anak siapa qiamullail bersama Manchester
Liverpool dan Chelsea
Anak siapa berbondong-bondong berpesta

Lebih kenal artis daripada ulama
Lebih hafal lirik daripada doa
Dengan ilmu sedalam lantai tempayan
Kita mencari munasabah melabuhkan sauh persoalan

Di situ bahtera karam
Lidah kalam tenggelam dalam
Sorak ketawa
Jenaka alpa

Justeru kita bangsa yang selesa
Gemar berselindung di sebalik agama


Kita bangsa yang selesa
Masih berselindung di sebalik agama

Di sini
Bangga terhimpun di laman berkolam mini
Batu-batu tersusun indah memaknakan erti seni
Sedangkan batu yang serupa
Nilainya lebih berharga

Di sana
Menjadi peluru menghentam angkuh bangsa
Pernahkah kita mentafsir iktibar
Daripada derita sebuah bangsa
Bala yang tumpah ke atas Palestina
Peritnya melimpah ke pelusuk atma

Pun
Benarkah kita benar-benar percaya
Sesekali peti hitam itu menayangkan sengsara
Simpati melaut mencecah pantai hati
Ataukah kita tak terpandang
Raungan ibu
Hiba ayah
Titis jernih anak-anak bermata bundar

Lalu segera mengalihkan berita derita
Rela menonton sebaris calon penyanyi hiba
Tidak cukup undi percaya
Dan kita pun sama berduka

Sedangkan di bumimu, palestina
Apakah masih ada harga air mata
Setelah setiap saat ia mengalir
Bersama darah pejuang
Bergaul debu petualang


Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
Enggan berselindung di sebalik agama
Iktibar daripadamu, Palestina
Adalah untuk kami dakap kejap pada jiwa

Bumi bertuah ini lebih empat ratus tahun
Pernah bertukar milik
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan komunis
Kini Zionis!

Kami enggan menjadi bangsa yang selesa
Enggan mudah percaya dengan apa yang ada
Kami gali kebenaran dari tanamu
Kami hayati perjuangan syuhadamu
Kami tidak rela kiblat pertama itu
Menjadi harta bangsa pejarah darah saudaraku

Ayuh,
Pinjamlah semangat Salahuddin Al-Ayyubi
Biar mengalir ke seluruh pembuluh tubuh ini
Kita rebut semula Baitul Muqaddas

Kerana setiap yang hak itu punya batas
Kita bukan mahu dendam berbalas
Kita mahu menjadi bangsa yang peduli

Berjuang!

Walau bukan dengan ketul-ketul kerikil
Dengan pena
Dengan doa
Dengan percaya
Bahawa kita bersaudara
Setiap kali bedilan singgah di laman rumahmu
Gegarnya terasa di anjung semenanjung

Justeru
Kita bukan bangsa yang selesa
Tidak pernah berselindung di sebalik agama
Dengan agama jiwa nurani teguh
Dengan agama iman ini terpasak utuh
Dengan agama kita gagalkan eksperimen durjana

Kita bina agama dan bangsa bermaruah
Membiarkan Ad-Din mengalir ke setiap
pembuluh darah
Merapatkan peribadi dengan Rasulullah
Setiap satunya kembali kepada Allah

Inna lillah
Wa inna ilaihi
Raji'un


ƸӜƷ ¸.••..¸ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ¸.••.¸✿(◠‿◠)✿¸.••.¸ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ¸.••..¸ ƸӜƷ (¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ " The greatest problem by Pencinta Illahi ASALAMUALAIKUM..WM. " The greatest problem that has confronted man from immemorial is the moral problem. all other problem , sosial,drug, economic, political etc. ...are only aspect of this master problem. Akibat keburukan moral seperti penyakit barah boleh merosakkan ke seluruh badan, sehingga akhirnya menimbulkan kematian. Rasulullah mengambarkan akibatnya itu dengan satu perumpamaan dalam hadis yang berbunyi: ADA SATU KAUM YANG BELAYAR DALAM SEBUAH KAPAL... MEREKA TELAH MEMBAHAGI-BAHAGIKAN TEMPAT DUDUK MASING-MASING. TIAP-TIAP KUMPULAN MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING. Tiba -tiba seorang dari penumpang itu telah membuat lubang di tempat duduknya... dengan kapak. Penumpang-penumpang yang lain bertanya : " Apakah yang engkau buat itu??? " Ia menjawab ..." ini adalah tempat duduk aku sendiri...DAN aku ada hak nak lakukan apa sahaja." JIKA MEREKA (PENUMPANG-PENUMPANG )YANG LAIN ITU MENGHALANG PERBUATAN ORANG TERSEBUT .... MAKA DIA AKAN SELAMAT DAN SELURUH PENUMPANG YANG LAIN PUN AKAN TURUT SELAMAT.. TETAPI JIKA MEREKA MEMBIARKAN SAHAJA PERBUATAN ORANG TERSEBUT DIA AKAN TENGGELAM (MATI) DAN SEMUA PENUMPANG YANG LAIN PUN TURUT AKAN TENGGELAM (MATI). JUSTRU ITU ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA DI DALAM MENYAMPAIKAN KEBENARAN KEPADA SESIAPA SAHAJA... Amin Ya Rob..wassalam. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِ ى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ƸӜƷ ¸.••..¸ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ¸.••.¸✿(◠‿◠)✿¸.••.¸ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ¸.••..¸ ƸӜƷ (¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan punya blog,
    Saya tidak ada masalah sajak "Kita Bangsa Yang Selesa" dikongsi di laman ini, tetapi saya mohon supaya nama saya - Nisah Haron - dikreditkan sebagai penulis asal sajak ini.

    Saya percaya, sajak ini telah dipetik dari laman saya : http://annyss.blogspot.com/2009/08/kita-bangsa-yang-selesa.html

    Terima kasih.

    BalasPadam