Rabu, 5 Oktober 2011

Munajat seorang hamba

¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ

Munajat seorang hamba

Dalam menerusi perjalanan menujuMu

Dalam kealpaan

Hakikat seorang hamba

Penuh pendustaan

Limpahan kenistaan

¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ

PadaMu jua

Ku sisih malu ku singkir silu

Dihambat keegoan hawa nafus

Maddiyah diburu tersebarnya seteru

Angkuhnya diriku egonya lagakku

¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ

Maha Suci Allah

Suluhan hidayahMu buatku terpaku

Payungan Ar Rahman & Ar rahimMu aku malu

Pintu nasuhaMu yang sentiasa terbuka

Hanya aku yang terleka

Cukuplah bagiku ada diriMu

Pencarian yang 1

Merebut nur kasih dan maghfirahMu

Untukku hadapi

WajahMu..illahi..ﷲِ

¸.•*´¨`*•.اﷲِ¸ℒℴνℯ•♪ღ♪ اﷲِ

Perhubungan Yang Halal

●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩

Perhubungan Yang Halal

"Aikk, tak sudah menangis lagi. Kenapa nie?" Kau tersenyum sambil mengesat air mata pada pipi mulus si isteri. Si isteri menepis tanganmu perlahan. Kau tak marah, tapi kau senyum. Entah kau rasa dia comel macam tu.

"Geram tahu geram." Si isteri mengetap bibir. Air mata pada pipinya dilap menggunakan belakang tangan. Kasar. Geram sangatlah tu. Tak apa masih comel. Kau hanya senyum lagi.

"Kenapa geram?" Kau cubit pipinya tapi ditepis lagi. Merajuk pulak. Ketawa perlahan. Kau tarik tangan kanan dia, dia tarik balik. Kau geleng kepala, tapi bibir masih tersenyum.

"Orang baca satu buku ni dalam bilik abang. Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, tak adalah orang nak menjeruk rasa dulu." Dia mencebirkan bibir. Kau mula mengerutkan dahi. Dia tunjuk buku tebal yang muka hadapannya daripada kulit. Kau senyum.

"Sengaja aje tak nak bagi tahu. Semua bersebab bukan? Abang jauhkan diri sebab nak lindungi awak. Abang tak text awak sebab tak nak nanti kita dekati zina. Zina hati atau apa pun. Abang diam aje sebab abang hormat pada awak. Abang tak jumpa awak sebab abang ada perasaan tak patut muncul saat awak belum sah untuk abang. Abang perlu kuatkan cinta abang pada Allah SWT sebelum abang boleh cintai awak. Abang kena stabilkan hidup abang, untuk tanggung hidup awak. Cukuplah kalau masa tu abang tahu abang sayang awak, dan awak sayang abang. Abang lebih suka lihat dari jauh. Abang buat ini semua demi kebaikan, dan akhirnya awak jadi isteri abangkan?" Matanya tersenyum, kau turut senyum.

ღ Hubungan yang halal itu lebih indah dari hubungan yang masih tergantung kesudahannya.~

●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩